Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    10 lagi penumpang diselamatkan

    MAKASSAR, 30 MEI – Selepas tiga hari kejadian kapal kargo karam di Selat Makassar di wilayah Selatan Sulawesi, 10 lagi berjaya diselamatkan, termasuk kapten dan kru lainnya.

    Seramai 42 penumpang yang berada dalam kapal itu, 31 orang telah berjaya diselamatkan sejak operasi mencari dan menyelamat bermula pada Sabtu, kata Djunaidi, ketua agensi mencari dan menyelamat wilayah itu.

    Kapal KM Ladang Pertiwi 02 tenggelam semasa cuaca buruk petang Jumaat. Kapal tersebut berlepas pada Khamis dari Makassar menuju Pulau Kalmas di Pangkep Regency, wilayah Selatan Sulawesi, dengan membuat perhentian di beberapa buah pulau di Selat Makassar.

    Sementara itu, 10 penumpang berjaya diselamatkan pagi kelmarin oleh nelayan tempatan di Pulau Pamantauan, yang terletak di Selat Makassar.

    “Mereka dalam keadaan selamat dan baik,” kata Djunaidi.

    Kapal karam itu pada awalnya dikatakan adalah feri penumpang, tetapi Djunaidi kemudian mengesahkan ia adalah bot yang membawa bahan-bahan binaan.

    Seramai 36 penumpang meminta untuk menumpang kapal tersebut bersama enam anak kapal. Pasukan mencari dan menyelamat masih mencari 11 penumpang yang masih hilang, menurut pegawai. – AP

    Anggota penyelamat membantu seorang mangsa yang terselamat keluar dari bot peronda keselamatan. Seramai 10 lagi mangsa bot karam di Selat Makassar berjaya diselamatkan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...