Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 makanan tidak boleh masuk peti ais

    KITA kadang-kadangnya semua makanan hendak kita letakkan di dalam peti ais, namun ada juga makanan yang tidak boleh dimasukkan di dalam peti ais iaitu:

    1-Bawang merah

    Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

    2-Kopi

    Tidak ramai yang tahu sebenarnya biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam peti ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang sejuk dan kering.

    3-Minyak zaitun

    Kesan paling ketara, anda akan dapati tekstur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

    Tidak ramai yang tahu sebenarnya biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam peti ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya.

    4-Daun kemangi

    Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan di dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

    5-Madu

    Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya di dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya di dalam peti ais.

    6-Bawang putih

    Tekstur bawang putih yang anda simpan di dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

    7-Roti

    Roti akan lebih cepat kering jika disimpan di dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

    8-Avokado

    Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

    9-Kentang

    Menyimpan kentang di dalam peti ais akan membuatkan teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas di luar peti ais.

    10-Tomato

    Letak tomato di dalam peti ais hanya membuatkan tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk menjaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda