Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    10 maut, 15 cedera ditikam di Kanada

    OTTAWA, 5 SEPT – Polis Kanada pada Ahad memaklumkan 10 orang maut manakala 15 yang lain cedera akibat ditikam di beberapa lokasi di Saskatchewan, Kanada.

    Polis Diraja Kanada dalam sidang media mendedahkan insiden berlaku di 13 lokasi sekitar James Smith Cree Nation dan Weldon dan usaha memburu dua suspek sedang dijalankan.

    Masyarakat setempat diminta terus berwaspada kerana kejadian ini dilihat antara insiden terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Amaran mengenai individu berbahaya turut dikeluarkan di wilayah berhampiran iaitu Manitoba dan Alberta.

    Polis turut mengadakan sekatan dan pemeriksaan di seluruh Saskatchewan.

    Kerajaan tempatan James Smith Cree Nation telah mengisytiharkan darurat, berkuat kuasa serta merta hingga 5 petang (2300 GMT) pada 30 Sept. Penyerang telah melarikan diri dalam kenderaan dan dikenal pasti sebagai Myles dan Damien Sanderson, berusia 30 dan 31 masing-masing, kedua-duanya berambut hitam dan mata warna perang. – Bernama/AFP

    Penyiasat memeriksa tapak kejadian di Weldon, Saskatchewan pada 4 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...