Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    10 maut akibat hujan lebat di Brazil

    RIO DE JANEIRO, 12 JAN – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas hujan lebat melanda negeri Minas Gerais di tenggara Brazil sejak 24 jam lepas dan lebih 13,000 mangsa terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, lapor Xinhua, memetik kenyataan pihak berkuasa pertahanan awam kelmarin.

    Antara mangsa terkorban membabitkan lima anggota keluarga yang menaiki sebuah kereta di wilayah metropolitan Belo Horizonte.

    Kenderaan yang membawa sepasang suami isteri, dua anak berusia tiga dan enam tahun serta seorang lagi saudara dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan kejadian banjir besar dan tanah runtuh.

    Sebanyak 145 daripada 853 majlis perbandaran di negeri ini telah mengisytiharkan situasi kecemasan, manakala lebih 17,000 orang  hilang tempat tinggal. Beberapa sungai di negeri Minas Gerais turut melimpah akibat jumlah takungan hujan yang banyak, dan beberapa empangan mungkin melimpah.

    Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban di negeri ini sejak musim tengkujuh melanda awal Oktober. – Bernama

    Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas hujan lebat melanda negeri Minas Gerais di tenggara Brazil. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...