MOGADISHU, 6 FEB – Sekurang-kurangnya 10 maut dan dua lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka meletup akibat terlanggar periuk api, semalam.
Pegawai keselamatan tempatan, Mohamed Nur Dahir berkata insiden berlaku ketika bas dinaiki mangsa sedang menuju ke bandar pelabuhan selatan Kismayo.
“Ini adalah kejadian mengerikan kerana orang orang awam tidak bersalah terbunuh dan dua lagi cedera dalam letupan yang memusnahkan bas mini dinaiki mereka.
“Pengganas menanam periuk api di sepanjang jalan digunakan pengangkutan awam dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Osman Gelle, yang tiba di tempat kejadian selepas letupan, berkata sebahagian daripada mangsa adalah penjual susu unta dari kampung berhampiran Kismayo. – AFP