10 maut bot karam di Congo

TSHIKAPA, 15 APRIL – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini sudah menemui 10 mayat mangsa bot karam di sebatang sungai di Congo hari ini.

Pihak berkuasa wilayah Kasai berkata masih ramai yang hilang berikutan kemalangan membabitkan sebuah bot di Sungai Lumbembe semalam.

Gabenor wilayah itu, Dieudonne Pieme, memberitahu AFP bahawa me-reka menemui 10 mayat terapung di sungai berkenaan.

“Setakat ini pencarian masih dilakukan, namun melihat paras air itu, tiada yang mungkin terselamat,” katanya.

Seorang jurucakap badan bukan kerajaan, Edmond Tshipamba, berkata bot itu membawa lebih muatan iaitu seramai 20 orang. Tragedi itu berlaku di Nsumbula, sebuah pekan yang terletak 140 kilometer dari Tshikapa dan Sungai Lumbembe adalah anak sungai kepada Sungai Tshikapa.

Kapal lebih muatan dan kemalangan sering berlaku di sungai dan tasik di Congo yang terletak di tengah negara Afrika dan kekurangan laluan darat di negara itu menyebabkan bot menjadi pengangkutan utama rakyat dan mengangkut barangan. – AFP