Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    10 maut dalam letupan stesen minyak di Ireland

    LONDON, 9 OKT – Angka kematian akibat letupan stesen minyak yang memusnahkan sebuah perkampungan kecil di barat laut Ireland meningkat kepada 10 orang pada Sabtu, dan pekerja kecemasan yang mencari mangsa di bawah runtuhan berkata mereka tidak menyangka akan menemui lebih ramai mayat.

    Polis Ireland berkata tiada sesiapa yang hilang selepas letupan Jumaat lalu di Creeslough, County Donegal. Polis sedang menyiasat punca letupan, dan Superinten David Kelly berkata bukti ‘menunjukkan ke arah kemalangan tragis.’

    Pasukan polis Ireland, An Garda Siochana, berkata letupan tengah hari itu mengorbankan empat lelaki, tiga wanita, dua remaja dan seorang budak perempuan sekolah rendah.

    Lapan orang dimasukkan ke hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal.

    Selepas letupan tersebut memusnahkan stesen minyak Applegreen dalam komuniti yang mempunyai kira-kira 400 orang berhampiran pantai Atlantik di Ireland.

    Anggota kecemasan dari Ireland dan negara jiran Ireland Utara menyertai dalam apa yang dikatakan polis pada Sabtu sebagai operasi ‘mencari dan memulihkan’.

    Anjing pengesan mencari di bawah runtuhan puing, dan alat penggali mekanikal mengangkat timbunan runtuhan dari tapak semalam.

    Letupan tersebut meranapkan bangunan stesen minyak, yang menempatkan kedai utama dan pejabat pos untuk kampung tersebut, merosakkan bangunan pangsapuri bersebelahan dan memecahkan tingkap di kotej berdekatan.

    “Terdapat blok yang bergegar seratus ela dari tempat kejadian,” kata doktor tempatan Dr. Paul Stewart kepada penyiar Ireland RTE.

    “Seluruh bahagian hadapan bangunan tersebut runtuh dan bumbung tingkat satu roboh ke dalam kedai. Ia satu keajaiban sekiranya mereka berjaya mengeluarkan sesiapa.”

    Perdana Menteri Ireland Micheal Martin berkata ia adalah salah satu ‘hari paling gelap untuk Donegal dan seluruh negara.’ – AP

    Perkhidmatan kecemasan bekerja di tempat kejadian letupan di stesen minyak Applegreen di kampung Creeslough di Co Donegal, Ireland pada 8 Oktober 2022 – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...