Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut dalam pertempuran kemarau Kenya

    NAIROBI, 20 Mac – Kira-kira 10 orang terbunuh dalam pertempuran terkini di Kenya yang dicengkam kemarau antara masyarakat-masyarakat luar bandar yang bertikai berhubung padang rumput untuk binatang ternakan mereka meragut rumput, menurut polis hari ini.

    Para penggembala dari masyarakat Borana dan Samburu terlibat dalam pertempuran bersenjata semalam di sebuah kawasan di tengah negeri, dipanggil Kom, yang mana kedua-dua kumpulan itu telah membawa binatang ternakan mereka untuk meragut rumput, menurut Charles Ontita, ketua polis bandar Islolo.

    Menurutnya 10 orang terbunuh dalam konfrontasi dan dua orang tercedera ‘tetapi kami telah menempatkan lebih ramai pegawai di sana’.

    Kematian-kematian itu berlaku seminggu selepas 13 orang terbunuh di rantau barat Baringo apabila para penggembala Ilchamus dan Pokot bertikai tentang tempat binatang ternakan meragut rumput di kawasan dipanggil Mukutani.

    Semalam di Mukutani, empat orang pegawai polis tercedera apabila para penggembala Pokot melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis ketika mereka mengiringi anggota masyarakat Ilchamus ke tempat selamat, menurut polis Baringo. Dalam respons kepada keganasan yang tersebar di kedua-dua bahagian di negara itu, Presiden Uhuru Kenyatta pada Jumaat lalu mengumumkan penghantaran pasukan tentera ke rantau Baringo dan Laikipia.

    Kenya, seperti di tempat lain di Semenanjung Timur Laut Afrika, mengalami kemarau tetapi dengan pilihan raya kebangsaan dijangkakan pada Ogos, ramai mensyaki politik juga berperanan dalam konfrontasi ganas baru-baru ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda