Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut dalam serangan bom

    LAHORE, Pakistan, 8 Mei – Satu serangan berani mati di salah satu makam Sufi paling lama dan paling popular di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencedera 24 yang lain di timur bandar Lahore hari ini, kata polis, dalam satu serangan yang didakwa dilakukan oleh Taliban Pakistan.

    Letupan itu, yang didakwa dilakukan oleh puak kumpulan militan menerusi e-mel, berlaku berhampiran pintu masuk untuk pelawat wanita ke makam abad ke-11 Data Darbar, salah satu makam Sufi terbesar di Asia Selatan, ketika negara itu menyambut bulan suci Islam, Ramadan.

    Rangka kenderaan berselerak di laluan jalan kaki berhampiran makam itu tatkala anggota menyelamat bergegas ke tempat kejadian sementara anggota keselamatan bertebar di kawasan itu.

    Makam itu telah lama menjadi tempat perayaan Sufi yang berwarna-warni dan destinasi utama untuk pelbagai mazhab Islam dalam negara, menjadikannya satu sasaran untuk serangan militan.

    Ia telah disasarkan sebelum ini, dalam serangan berani mati tahun 2010 yang membunuh lebih daripada 40 orang.

    Sejak itu, kawasan berkenaan semakin dikawal ketat oleh anggota keselamatan, dengan pelawat dipaksa melalui beberapa saringan pemeriksaan sebelum mereka boleh memasuki kompleks.

    Pengikut ajaran Sufi, yang mengikuti ajaran Islam yang mistik, sering menjadi sasaran serangan di Pakistan oleh militan Islam, termasuk kumpulan Islamic State, yang menganggap kepercayaan dan ritual Sufi sebagai menyeleweng.

    Pegawai kanan polis Muhammad Ashfaq memberitahu persidangan akhbar bahawa kakitangan keselamatan di tempat suci telah disasarkan.

    Tiga pegawai polis, dua pengawal keselamatan dan lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, kata ketua menteri wilayah Punjab Usman Buzdar. – AFP

    Pegawai keselamatan Pakistan memeriksa tapak letupan bom di luar makam Sufi di Lahore kelmarin.Satu letupan di salah satu tempat paling lama dan paling popular Sufi di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencedera 24 di timur bandar Lahore kelmarin, kata polis, ketika negara menyambut bulan puasa Ramadan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda