10 maut dalam serangan di kawasan jabatan pendidikan

JALALABAD, Afghanistan, 11 Julai – Kira-kira 10 orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerang kawasan jabatan pendidikan di timur Afghanistan hari ini, kata para pegawai, mencetuskan pertempuran berjam-jam lamanya dengan pasukan keselamatan dalam serangan terkini di rantau bergolak itu.

Seramai 10 yang lain cedera dalam serangan kedua di bandar Jalalabad beberapa hari kebelakangan, kata jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani dalam satu kenyataan.

Tidak jelas berapa ramai kakitangan kerajaan terperangkap dalam bangunan itu semasa pertempuran senjata ganas antara pasukan keselamatan dan militan yang kini sudah berakhir.

“Sejauh ini 10 mayat telah ditemui dan dibawa ke hospital tempatan. Seramai 10 lagi juga cedera,” kata Khogyani.

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian mengesahkan telah melihat 10 mayat dalam kawasan tersebut. Dia juga menyaksikan mayat yang para pegawai katakan adalah mayat dua penyerang. Bunyi tembakan senjata diikuti dengan ‘letupan besar’ yang telah memecahkan tingkap telah mengejutkan Qari Samiullah akan serangan yang semakin mendekati kedainya.

Sukarelawan Afghanistan membawa seorang belia yang cedera di atas usungan ke hospital berikutan satu serangan yang menyasarkan kawasan jabatan pendidikan di Jalalabad pada 11 Julai. – AFP

“Saya meninggalkan kedai saya dan berlari apabila saya mendengar letupan kedua,” kata Samiullah kepada AFP.

“Kepulan asap keluar dari bangunan dan semua orang mula berlari keluar.”

Shir Mohammad berada di dalam sebuah kedai berhampiran apabila lelaki bersenjata melancarkan serangan mereka.

“Saya dengar tembakan senjata yang diikuti dengan ledakan dan kemudian tembakan senjata yang tegang,” kata Mohammad kepada AFP.

Seorang pengawal keselamatan yang digaji oleh cawangan jabatan pendidikan antara yang terkorban, kata Khogyani.

Tidak ada yang mendakwa bertanggungjawab atas serbuan berkenaan. Guru-guru tempatan telah menghantar keputusan peperiksaan dari sekolah-sekolah mereka ke pejabat apabila lelaki bersenjata menyerang, kata jurucakap jabatan pendidikan wilayah, Asif Shinwari memberitahu AFP.

“Ramai juga guru-guru yang berada di dalam bangunan tersebut,” tambah Shinwari.

Jabatan Pendidikan Jalalabad juga telah diserang oleh lelaki bersenjata sebulan yang lalu. Kira-kira 10 orang cedera ketika itu. – AFP