10 maut dalam serangan Rusia

KAFRANBEL, Syria, 20 Mei – Serangan udara oleh rejim sekutu Syria Rusia telah membunuh 10 orang awam termasuk lima kanak-kanak di kubu barat laut pejuang jihad, kata pengawas hari ini, beberapa jam selepas Moscow mengumumkan satu gencatan senjata di sana.

Pertempuran di antara tentera rejim dan pejuang jihad meletus hari ini di pinggir rantau yang dikawal oleh bekas sekutu Al-Qaeda di Syria, ekoran serangan udara semalaman, kata Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia.

Rantau Idlib yang dikawal oleh Hayat Tahrir al-Sham sepatutnya dilindungi daripada serangan kerajaan oleh satu perjanjian penampan zon pada September, tetapi pengeboman rejim dan Rusia telah meningkat di sana sejak lewat April.

Balai Cerap berkata serangan udara Rusia semalaman membunuh lima kanak-kanak, empat wanita dan seorang lelaki di bandar Kafranbel di wilayah Idlib.

Serangan udara meletus berhampiran sebuah hospital di bandar, sekali gus memutuskan perkhidmatannya, kata pengawas yang berpangkalan di Britain.

Seorang lelaki melihat pada untuhan dan kenderaan yang rosak ekoran daripada serangan udara oleh sekutu rejim Syria Rusia, di bandar Kafranbel di wilayah Idlib yang dikawal oleh pemberontak, kelmarin. – AFP

Seorang wartawan AFP melihat lima buah rumah di pinggir bandar dimusnahkan selepas serangan.

Mangsa yang selamat mencari dalam runtuhan untuk menyelamatkan barang-barang kepunyaan mereka, kata wartawan, sementara seorang lelaki yang badannya dipenuhi debu bersandar pada dinding, terkejut selepas bapanya terbunuh.

Umm Wasel nyaris-nyaris terkena dalam serangan udara di rumahnya selepas saudaranya menjemputnya untuk berbuka puasa bersama mereka dalam bulan Islam Ramadan.

“Saya pulang pada malam dan mendapati rumah saya sudah musnah,” kata wanita berusia 72 tahun itu, berpakaian dalam jubah merah dan skarf hitam.

Orang “sangka saya berada di bawah runtuhan,” katanya.

Balai Cerap berkata enam orang awam lain juga terbunuh dalam pengeboman oleh tentera rejim di kawasan lain di Idlib semalam. – AFP