MONTREAL, 16 FEB – Sekurang-kurang 10 nelayan maut dan 11 lagi dilaporkan hilang apabila sebuah kapal pukat tunda dari Sepanyol karam dalam laut yang bergelora di timur Kanada, semalam.
Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan peluang dilihat semakin tipis untuk menemui mangsa terselamat dalam insiden berkenaan.
Menurut pegawai, ada 24 kru di atas kapal terbabit ketika ia karam kira-kira 250 batu nautika timur Newfoundland, dan usaha diteruskan untuk mencari serta menyelamat baki mangsa meskipun berdepan keadaan cuaca buruk.
Terdahulu, Pusat Koordinasi Penyelamatan Bersama Kanada (JRCC) memaklumkan tujuh mayat telah ditemui, manakala tiga mangsa berjaya diselamatkan – dari sebuah bot kecemasan di Atlantik, menurut pegawai Sepanyol. – AFP