ISLAMABAD, 8 JULAI – Kejadian hujan tidak bermusim dan banjir telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 jiwa, termasuk dua orang kanak-kanak di wilayah bahagian utara dan timur Afghanistan, menurut kenyataan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Kejadian itu juga mencederakan 11 yang lain, dengan kebanyakan korban jiwa dan kerosakan dilaporkan di wilayah bahagian timur Nangarhar, Nuristan dan Ghani serta Parwan di bahagian utara, menurut Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan.
Hujan lebat pada 5 dan 6 Julai telah menyebabkan kerosakan teruk ke atas lebih 280 buah rumah, serta merosakkan infrastruktur di seluruh sembilan wilayah, termasuk empat buah jambatan dan jalan raya sepanjang lapan kilometer.
Ia adalah kejadian kedua wilayah timur mengalami kejadian banjir kilat dalam tempoh kurang daripada sebulan, dengan 19 orang terkorban dan 131 lagi mengalami kecederaan semasa hujan lebat pada Jun, tambah kenyataan.
Disebabkan kejadian hujan lebat, banjir dan tanah susur, jalan raya di Kunar yang terletak di wilayah Nuristan, menuju pusat Nuristan terhalang oleh kesesakan, menurut kenyataan kementerian kerja raya Afghanistan.
Pihak kementerian terpaksa menggunakan jentera berat untuk membuka semula laluan. – AP