10 maut pusat pemulihan dadah diserang

CELAYA, MEXICO, 7 JUN – Sepuluh orang terbunuh dalam serangan di sebuah pusat pemulihan dadah di Guanajuato, Mexico semalam, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan bersenjata itu menyerang pusat di Irapuato pada waktu petang dan melepaskan tembakan, membunuh sembilan orang serta-merta, menurut kerajaan perbandaran.

Mangsa ke-10 yang cedera parah kemudian meninggal dunia di hospital, menurut sekretariat keselamatan awam negeri.

“Penyerang memasuki kawasan itu dengan melakukan keganasan yang teruk,” kata pihak berkuasa.

Polis tiba untuk melindungi tempat kejadian dan pegawai dari pejabat pendakwa raya negeri kemudian mengumpulkan bukti untuk memulakan siasatan awal.

Guanajuato adalah pusat perindustrian penting di Mexico, yang menjadi pangkalan pengeluar automobil, pesawat terbang dan industri berat lain antarabangsa.

Kegiatan itu, seiring dengan adanya infrastruktur tenaga penting, telah menarik dua kartel utama yang terbabit dalam perdagangan dadah, pemera-san dan penculikan.

Tahun lalu Mexico mencatatkan 34,582 pembunuhan yang disengajakan, tertinggi sejak rekod rasmi dimulakan pada tahun 1997. – AFP