Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    10 maut serangan terbaharu di timur Ukraine

    KYIV, 17 MEI – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan terbaharu di Severodonetsk, timur Ukraine, ketika bandar itu hampir dikepung oleh tentera Rusia.

    Perkara itu dimaklumkan Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday, semalam. “Tentera Rusia membedil Severodonetsk tanpa henti,” katanya dalam kenyataan di Telegram.

    Justeru itu, beliau juga menggesa penduduk tempatan untuk tidak meninggalkan tempat perlindungan.

    “Sekurang-kurangnya 10 terbunuh. Adalah sangat sukar untuk memeriksa kawasan itu disebabkan bedilan baharu,” katanya.

    Semalam, Ukraine bersiap siaga dengan serangan baharu Rusia di wilayah Donbas, ketika Kyiv memaklumkan serangan balasnya di Kharkiv berjaya memperoleh momentum.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata pihaknya sedang bersedia untuk berdepan cubaan terbaharu Rusia untuk menyerang wilayah itu, dalam usaha Moscow menambah perkembangan di selatan Ukraine.

    Sejak kegagalan Rusia menawan Kyiv ketika permulaan pencerobohan pada hujung Februari lalu, kawalan di Donbas menjadi antara objektif utama Moscow.

    Severodonetsk adalah bandar paling timur yang masih di bawah kawalan Ukraine, dan jika bandar itu berjaya ditumbangkan, Kremlin bakal mengawal Lugansk, iaitu satu daripada dua wilayah dalam Donbas. – AFP

    Sebuah rumah musnah di kampung Kozarovychi, utara Kyiv pada 16 Mei selepas serangan Rusia di Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...