Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

10 menang cabutan bertuah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Dayang Noorul Aqilah binti Roslan membawa pulang wang tunai $15,000 setelah diumumkan sebagai pemenang utama dalam cabutan bertuah dwi-bulanan Sanang2 Manang Takaful Brunei Mobile kelima.

Majlis cabutan dan penyampaian hadiah telah berlangsung di The Mall Gadong, hari ini di mana Awangku Abdul Wafiy bin Pengiran Abdul Mubin dan Pengiran Haji Mohamad Japari bin Pengiran Haji Besar, masing-masing diumumkan sebagai pemenang kedua dan ketiga dengan membawa pulang wang tunai $6,000 dan $2,000.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Takaful Brunei Am (TBA), Haji Mohd Fuad bin Pehin Dato Haji Salim.

Dalam cabutan itu, 10 pelanggan bertuah Takaful Brunei menerima ganjaran wang tunai atas penyertaan mereka dalam produk TBA dan Takaful Brunei Keluarga (TBK) dengan menggunakan aplikasi mudah alih Takaful Brunei.

Ini termasuk bagi penyertaan pelanggan untuk memperbaharui dan penyertaan baharu dalam Takaful Motor TBA melalui Pusat Panggilan TBA bermula 1 Januari hingga 31 Oktober 2022.

Haji Mohd Fuad bergambar ramai bersama para pemenang.
Artikel sebelum iniD-Crunch akan dibubarkan?
Artikel seterusnyaJilin dilanda salji lebat
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -