Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    10 meninggal dunia akibat wabak kolera

    JOHANNESBURG, 22 MEI – Wabak kolera mengorbankan sekurang-kurangnya 10 mangsa di kawasan berhampiran Pretoria, ibu negara Afrika Selatan, kata pihak berkuasa kesihatan sambil menggesa orang ramai untuk meningkatkan kewaspadaan.

    Jabatan Kesihatan wilayah Gauteng, Pretoria, berkata 95 orang mendapatkan rawatan di hospital tempatan sejak Isnin lalu dan menunjukkan gejala taun, termasuk cirit-birit, kekejangan perut dan loya.

    Ujian makmal semalam mengesahkan sekurang-kurangnya 19 kes taun, kata jabatan itu dalam satu kenyataan, sambil menambah 37 orang masih menjalani rawatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -