Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seramai 10 nama peserta terpilih pada cabutan bertuah pandu KIA ke Seoul yang diadakan di Bilik Pameran KIA Motors Brunei hari ini.
Hadir melakukan cabutan bertuah itu ialah Pengurus Kanan KIA, Jacqueline Koh dan wakil dari Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil Bhd.
Para peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Kia dan nama-nama mereka juga akan diumumkan dalam Facebook dan Instagram KIA di mana mereka dikehendaki datang pada 4 November untuk pusingan kedua cabutan bertuah.
Pusingan kedua ini nanti akan menyaksikan pemenang utamanya memenangi tiket penerbangan ke Korea dengan mengalami sendiri budaya K-Pop, melawat bandar raya Seoul, berpeluang menghadiri anugerah K-Pop (Anugerah Muzik Melon) dan acara eksklusif Blackpink serta mengikuti kelas budaya.
Pemenang kedua pula akan membawa pulang hadiah kamera Diji, manakala yang ketiga dan seterusnya menerima hadiah barangan KIA.
Para peserta cabutan merupakan mereka yang telah memandu dan membeli mana-mana kenderaan KIA dari 1 September sehingga 31 Oktober 2019.
