10 orang terbunuh, 3,300 rumah musnah

KHARTOUM, 6 OGOS – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih daripada 3,300 rumah musnah akibat banjir selepas hujan lebat melanda di sebahagian besar Sudan minggu ini, kata organisasi pertahanan awam negara itu.

Kira-kira 1,800 rumah musnah sepenuhnya sementara lebih dari 1,500 hancur sebahagian, katanya, sementara 21 sekolah dan lapan masjid telah dihanyutkan.

PBB mengatakan semalam bahawa lebih daripada 50,000 orang telah terjejas akibat banjir.

“Hujan lebat berterusan di beberapa bahagian di Sudan mengakibatkan banjir, tanah runtuh, kerosakan rumah dan infrastruktur,” sekurang-kurangnya 14 dari 18 negeri di negara itu terjejas, kata Organisasi PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dalam satu kenyataan.

Hujan lebat di negeri Blue Nile menyebabkan empangan runtuh pada 29 Julai, memusnahkan atau merosakkan 800 rumah dan berpotensi menjejaskan akses air untuk lebih daripada 84,000 penduduak, tambah OCHA.

Hujan lebat biasanya melanda Sudan antara bulan Jun dan Oktober setiap tahun, mengakibatkan banjir besar. – AFP