Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    10 pelajar cemerlang PSR, SSSRU diraikan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 28 OGOS – Demi memberi galakan kepada golongan pelajar untuk terus berjuang dalam bidang pembelajaran, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin menerusi Biro Pendidikan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Pelajar-pelajar Cemerlang Sesi Akademik 2021, di Dewan Sekolah Rendah Lamunin, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Biro Pendidikan, MPK Lamunin, baru-baru ini, seramai 10 orang pelajar terbaik telah menerima hadiah dan sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun lepas.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Kluster 5, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Abdul Wafi bin Abdullah Sia.

    Seramai 10 orang pelajar terbaik yang diraikan bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan ahli-ahli jawatankuasa MPK Lamunin. – Gambar serahan Biro Pendidikan, MPK Lamunin
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...