10 pelajar selamat

SIBU, 13 OGOS – Seramai 10 pelajar dan seorang guru sempat menyelamatkan diri apabila satu blok asrama lelaki dan sebuah kediaman guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Yong di Kapit, kira-kira 190 km dari sini, terbakar malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit Erwandy Tugor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11:30 malam sebelum 12 anggota dan dua jentera dikejar ke sana.

“Setibanya di tempat kejadian, asrama dan kediaman guru itu sudah keseluruhannya terbakar dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil langkah untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke dua buah kediaman guru yang berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama