10 pelajar terima bantuan menerusi Aktiviti Amal SugarBun

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Bersempena Sambutan Maulud Nabi SAW, Satami Food and Catering Services mengendalikan program amal dua hari dinamakan Program Aktiviti Amal SugarBun sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan matlamat untuk menyediakan sumbangan makanan kepada pelajar dan keluarga mereka yang memerlukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, menerusi Kementerian Pendidikan, syarikat berkenaan telah mengenal pasti 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya dan Sekolah Menengah Sayyidina Othman di Tutong untuk menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada para pelajar berkenaan di kediaman masing-masing oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Satami Food and Catering Services, Pacoi Abdullah dan Pengurus Besar SugarBun Brunei, Irene Sandra Liza Abang Isnawi.

Syarikat berkenaan berharap sumbangan berkenaan dapat sedikit sebanyak memberi bantuan dan mengurangkan beban mereka.

Kenyataan menyatakan, program berkenaan akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Rombongan Satami Food and Catering Services menyampaikan sumbangan kepada keluarga salah seorang pelajar yang dikenal pasti.
Sumbangan disampaikan di kediaman salah seorang pelajar.