10 pelanggan Jerayawara Shell V-Power terima hadiah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Jerayawara Shell V-Power anjuran Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) yang berlangsung selama tiga hari semasa Borneo Kustom Show di Bridex, Jerudong telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis penyampaian hadiah bagi kempen cabutan bertuah yang diadakan sepanjang jerayawara untuk pelanggan yang membeli baucar Shell V- Power dan minyak pelincir Shell telah diadakan hari ini.

Kempen berkenaan telah mendapat sambutan yang baik di mana lebih 100 orang pelanggan telah membeli produk BSM dan menyertai kempen berkenaan bagaimanapun, hanya 10 pelanggan terpilih untuk menyertai cabutan.

Pada cabutan itu, Pengiran Rosdi bin Pengiran Haji Rosli memenangi hadiah utama berupa 90,000 Royal Skies Miles.

Pemenang tempat kedua hingga keenam pula memenangi 60,000, 40,000 dan 30,000 Royal Skies Miles, manakala itu, pemenang tempat ketujuh hingga ke-10 membawa pulang hadiah berupa pakej servis kereta percuma dengan produk Shell Helix.

Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Ketua Jabatan Komersial BSM, Awang Mohd Adini bin Haji Mohd Daini.

Awang Mohd Adini berkata, kempen cabutan bertuah dan jerayawara berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan lagi produk baharu iaitu V-Power dan produk minyak pelincir terbaharu iaitu Helix Power yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

Gambar ramai para pemenang cabutan bertuah sempena Jerawara Shell V-Power.