10 pelanggan Takaful Brunei terima ganjaran wang tunai

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 10 pelanggan Takaful Brunei bertuah, telah diberi ganjaran wang tunai setelah membeli produk TBA dan TBK dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi Takaful Brunei Mobile dan Pusat Panggilan TBA.

Takaful Brunei mengumumkan pemenang cabutan bulanan sempena ulang tahun pertama Takaful Brunei Mobile bagi Oktober 2021 secara dalam talian melalui Instagram Live Takaful Brunei, baru-baru ini, bagi memastikan keselamatan pelanggan dan mencegah sebarang risiko dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi nasihat dari Kementerian Kesihatan.

Promosi berkenaan juga menawarkan sebuah kereta baharu Toyota Fortuner sebagai hadiah utama yang akan disampaikan pada Januari 2022 selain beberapa hadiah wang tunai $5,000 untuk dimenangi setiap bulan hingga Disember depan.

Manakala itu, hadiah mingguan juga boleh dimenangi hanya dengan membuat pendaftaran untuk pengguna baharu Takaful Brunei Mobile.

Promosi berkenaan adalah untuk pelanggan yang menyertai mana-mana produk TBA dan TBK melalui aplikasi Takaful Brunei Mobile dengan sumbangan minimum yang ditetapkan.

Promosi juga dibukakan kepada peserta baharu atau pembaharuan Takaful Motor TBA melalui Pusat Panggilan TBA.