Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pemain Monaco tewaskan Montpellier

    PARIS, 8 Feb – Penyerang remaja Kylian Mbappe telah memberikan kemenangan 2-1 kepada Monaco di Montpellier bagi mengekalkan kelebihan mereka di persada Ligue 1.

    Tandukan berani pemain antarabangsa Poland, Kamil Glik, di minit ke-16 telah memberikan Monaco pendahuluan dan Mbappe, 18, menggandakan pendahuluan menerusi serangan balas lima minti kemudian.

    Pemain pertahanan tengan dari Brazil, Vitorino Hilton, mengurangkan defisit gol di separuh masa kedua, tetapi Monaco terus bertahan meskipun Jemerson diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada para pemain, ia bagus untuk menahan ribut dan mengekalkan pendahuluan,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

    Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Monaco, Jemerson ketika perlawanan Ligue 1 menentang Montpellier. – AFP
    Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Monaco, Jemerson ketika perlawanan Ligue 1 menentang Montpellier. – AFP

    “Anda tidak akan memenangi setiap perlawanan dalam bola sepak dan ketika itu adalah masanya untuk mempertahankan pendahuluan.

    “Adalah penting untuk pasukan mempunyai mentaliti ini, kebanyakan perlawanan menemui kekalahan dalam 10 minit terakhir.”

    Meskipun Montpellier hanya tiga mata di atas zon penyingkiran, Monaco sedar mengenai bahaya yang mereka hadapi di Stade de la Mosson, di mana PSG pernah dibelasah 3-0 pada bulan Disember. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda