10 pemegang kad Baiduri menang baucar membeli-belah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Seramai 10 pemenang bulanan pertama bagi promosi Amazing Treats at the New Spot in Town anjuran Bank Baiduri telah menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

Para pemenang berkenaan ialah On Sui Chee, Kok Zi Wei, Lim Sai Chyou, Dayang Nur Fatimah binti Abdullah, Dayang Siti Munirah binti Haji Mohammad; Dayang Ratna Izzah binti Haji Alias; Haji Japar bin Haji Tuah; Anthony Thomas McKay; Lau Xue Geng dan Stephen Low Chee Chiang yang menerima baucar membeli-belah bernilai $100 setiap seorang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, sepanjang promosi yang diadakan sempena pembukaan ibu pejabat baharunya di 1 Jalan Gadong, pemegang kad Baiduri yang berbelanja sekurang-kurangnya $10 menggunakan kad kredit atau debit mereka di kedai-kedai dan restoran yang ikut serta di One Riverside secara automatik dimasukkan dalam cabutan utama dan cabutan bulanan.

Dalam cabutan utama, para pelanggan berpeluang memenangi rebat tunai bernilai $3,000, $2,000 dan $1,000. Sementara itu, bagi cabutan bulanan, 10 pemenang akan menerima baucar membeli-belah dan baucar makan bernilai $100.

Gambar ramai bersama para pemenang bulanan pertama promosi Amazing Treats at the New Spot in Town pada majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin. – Gambar serahan Bank Baiduri