Friday, December 13, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pemenang cabutan bertuah KIA diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS- Dayang Rashidatun Nazwa binti Rosli hari ini membawa pulang hadiah utama kempen promosi cabutan bertuah Kia Inspiring Move bernilai $5,000 di majlis cabutan bertuah yang berlangsung di Bilik Pameran Kia, Perindustrian Beribi II hari ini.

    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan disempurnakan oleh wakil-wakil dari institusi kewangan tempatan dan Grand Motors Sdn Bhd.

    Hadiah utama disampaikan oleh disampaikan oleh Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho.

    Dayang Rashidatun Nazwa menerima hadiah utama yang disampaikan Frankie Ho.

    Manakala hadiah-hadiah seterusnya disampaikan oleh wakil-wakil institusi kewangan iaitu Pengurus Jualan Luar BIBD At-tamwil Bhd, Mohamad Asmali Razali; Ketua Operasi BIBD At-tamwil Bhd, Azri Gharif; Pegawai Jualan Baiduri Finance Berhad, Suwardi Wahab dan Ketua Bahagian Jualan Baiduri Finance Berhad, Hj Muhammad Ali bin Begawan Mudim Hj Metussin.

    Manakala Hajah Rosidah binti Haji Abas membawa pulang hadiah tempat kedua bernilai $3,000, sementara Mohamad Husni Azhani bin Haji Mohd Zaidi membawa pulang hadiah tempat ketiga bernilai $2,000.

    Hajah Rosidah memenangi tempat kedua.
    Wakil kepada Mohamad Husni Azhani Rosidah menerima hadiah tempat kedua.

    Seramai 10 orang pemenang telah tersenarai menyertai sesi cabutan berkenaan. Dengan baki tujuh pemenang, lima daripadanya masing-masing membawa hadiah bernilai $ 500 dan dua lagi membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy.

    Semasa temu bual dengan pemenang hadiah utama, Dayang Rashidatun mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kia Brunei kerana terpilih sebagai pemenang utama.

    Dayang Rashidatun gembira dengan hadiah yang dimenangi.

    “Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat dan hadiah yang dimenangi sedikit sebanyak dapat membantu untuk perbelanjaan semasa mengerjakan ibadah umrah pada bulan ini”.

    Kempen promosi anjuran Grand Motors Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif kenderaan Kia di negara ini adalah membuktikan komitmen Kia untuk menghargai sokongan para pelanggannya yang mempercayai jenama Kia selama ini.

    Kempen Kia Inspiring Move yang telah berlangsung dari 1 September hingga 30 November memberi peluang memenangi cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik kepada pelanggan yang membeli mana-mana model Kia sepanjang tempoh berkenaan.

    Lebih daripada 500 pelanggan telah menyertai kempen berkenaan dan Grand Motors ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan mereka dan mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang.

    Gambar ramai antara pemenang-pemenang bertuah pada majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda