Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pemenang kuiz HIV, AIDS terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWSN, 8 DIS – Seramai 10 orang pemenang kuiz HIV dan AIDS yang diadakan secara dalam talian pada 2 hingga 5 Disember lalu telah diumumkan. Mereka memenangi wang tunai sebanyak $50 dan baucar The Coffee Bean dan Tea Leaf (CBTL) bernilai $10.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pagi tadi di CBTL cawangan One City dan disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis AIDS Brunei Darussalam, Awang Iswandy bin Ahmad.

    Kuiz tersebut dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada setiap 1 Disember tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai HIV dan AIDS.

    Inisiatif itu menekankan pemahaman tentang penularan HIV, langkah-langkah pencegahan, ujian HIV, serta pilihan rawatan yang ada.

    Selain itu, ia turut berusaha menghapuskan stigma terhadap individu yang hidup dengan HIV serta memberi sokongan emosi dan moral kepada mereka.

    Sementara itu, Majlis AIDS Brunei Darussalam dengan kerjasama CBTL juga melancarkan penjualan pin reen merah sebagai tanda sokongan solidariti masyarakat.

    Aktiviti seperti ini penting untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai risiko HIV dan AIDS di Negara Brunei Darussalam, serta pentingnya membuat keputusan yang bijak dalam melindungi kesihatan diri serta menghindari risiko yang boleh membahayakan individu tersebut.

    Awang Iswandy bergambar bersama para pemenang hadiah kuiz tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda