10 pemenang terima hadiah

Oleh Ak Zaki Kasharan

Bandar Seri Begawan, 11 Jan – Cabutan bulanan ke-4 bagi Kuiz SMS Menang Kereta Vios telah diadakan di Cawangan NBT Bunut, hari ini, dengan menyaksikan 10 pemenang daripada 30 peserta teratas, membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Antara hadiah berkenaan ialah telefon bimbit, pakej percutian ke Kuala Lumpur atau Singapura, hamper, baucar Marrybrown, kupon kedai tayar, baucar penginapan dua malam di Hotel Wafa dan bermacam-macam lagi.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah wakil-wakil dari pihak penganjur dan penaja peraduan tersebut iaitu Pengiran Saiful Khalid dari Cooltones, Awang Iskandar Zulkifli dari Progresif Cellular, Dayang Zakiyah binti Zaini dari AKK Design dan Awang Abdul Ghani selaku wakil dari NBT cawangan Bunut.

Para pemenang dan pihak penganjur serta penaja peraduan bergambar ramai pada acara petang kelmarin.