ANDA yang sudah mengikat tali pernikahan pasti maklum bahawa komitmen berumahtangga itu sungguh besar. Terkadang menyenangkan dan juga sebaliknya. Anda dan suami harus berusaha menjaga komitmen itu sebaik mungkin dan wajib menerima kekurangan masing-masing.
Tapi yang namanya pasangan hidup, ada sahaja sifat mereka yang membuat hati ini tersentuh. Beruntunglah anda jika suami anda memiliki 10 sifat ini. Itu menandakan bahawa anda tidak salah pilih pasangan:
1. Berkomunikasi dengan baik
Dia bukan hanya berbincang tapi berkongsi segalanya dengan anda. Dia tidak suka membicarakan masalah, kesedihan mahupun sukan kegemarannya di hapdan anda. Dia juga mendengarkan segala keluh-kesah anda dengan adil dan saksama.
2. Dia suka menghabiskan waktu bersama anda
Dia suka berada disamping anda. Apapun kegiatannya, pasti dilakukan bersama. Intinya dia suka menghabiskan waktu bersama anda.
3. Membuatkan anda tertawa
Siapa yang tidak suka dengan lelaki yang kuat berjenaka. Pasti dia membuatkan anda tertawa selalu.

4. Penyokong setia
Apapun yang anda lakukan, dia akan setia menyokong anda. Malah ada masa di mana anda merasa ragu terhadap diri sendiri, dia akan menjadi ‘ketua penyorak’ buat anda.
5. Suka menyampaikan ilmu
Suami yang baik tidak akan kedekut memberikan ilmu. Dia tidak akan merasa keberatan untuk memberikan ilmu yang dimilikinya pada anda. Bahkan dia merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu dengan anda iaitu wanita kesayangannya.
6. Setia
Seramai manapun wanita yang menarik di luar sana, hanya seorang wanita sahaja yang ada di hatinya, iaitu anda! Baginya, wanita berkenaan akan selalu nampak cantik walau apapun jua keadaan.
7. Dia mengakui kesalahannya
Suami yang baik tidak malu untuk mengakui kealpaan yang dilakukannya. Ia juga tidak akan menyangkal ketika menjadi sumber sebuah masalah.
8. Melindungi dan menyayangi anda
Pernahkah dia (suami) menelefon anda hanya untuk mengetahui perkhabaran anda pada hari itu? Atau dia sengaja menunggu anda di satu lokasi hanya untuk memastikan anda selamat sampai? Maka, dia tergolong dalam kategori suami pelindung dan penyayang.
9. Memahami
Dari semua orang di dunia, hanya dia yang paling faham dengan apa yang membuatkan anda kesal dan sedih. Oleh itu, dia akan berusaha keras untuk menjauhi segala macam emosi negatif itu daripada anda. Dia juga sangat tahu apa yang membuatkan anda merasa gembira. Kesimpulannya, dia memahami terhadap anda.
10. Tidak merendahkan
Di dunia yang serba moden ini, banyak kes di mana suami merendahkan isterinya. Ini semua berakar dari perasaan dominan dan merasa dirinya paling tepat. Beruntungnya anda jika mempunyai suami yang tidak memiliki sifat ini. – Agensi