10 tentera India dibebaskan

NEW DELHI, 19 JUN – China membebaskan 10 tentera India yang ditahan dalam pertempuran sempadan di Himalaya yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 tentera India maut, menurut laporan Press Trust of India dan media lain.

Sehingga kini kerajaan India tidak mengeluarkan sebarang komen, namun pihak tentera menyatakan tidak ada pasukan India yang hilang selepas pertempuran di kawasan Lembah Galwan, Ladakh.

Akhbar Hindu melaporkan perjanjian itu dicapai selepas perbincangan antara pihak tertinggi tentera India dan Tentera Pembebasan Rakyat China. India dan China saling menyalahkan satu sama lain untuk pertempuran paling serius dalam tempoh lebih 50 tahun di sepanjang sempadan Himalaya, di mana mereka berperang pada tahun 1962.

Dalam pada itu, ribuan orang menghadiri upacara pengebumian 20 tentera India yang terbunuh dalam pertempuran itu.

Seramai 18 tentera India masih lagi dirawat berikutan cedera parah dan di pihak China juga mengakui tenteranya turut terkorban, namun tidak memberikan sebarang angka. – AFP