10 terbunuh, 22 cedera kemalangan jalan raya

RABAT, 8 Jan – Seramai 10 orang terbunuh dan 22 lagi cedera kelmarin dalam kemalangan jalan raya berhampiran bandar selatan Agadir, Maghribi, kata pihak berkuasa tempatan.

Kemalangan itu berlaku apabila sebuah trak dan bas bertembung kira-kira 40 km dari Agadir, sumber yang sama berkata.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital Hassan II di Agadir, manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal diterbangkan melalui helikopter ke Marrakech.Siasatan mengenai dengan insiden tersebut telah dilancarkan. Kemalangan maut ini muncul selepas dua kemalangan dramatik pada akhir Disember. – Xinhua