10 terima hadiah promosi BSM

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Seramai 10 pelanggan bertuah bagi Promosi Shell Helix dan Shell Rimula menerima hadiah dalam majlis penyampaian hadiah mingguan pertama yang berlangsung di Ibu Pejabat Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM), Bangunan PGGMB, ibu negara, hari ini.

Pada majlis itu, Awang Muhammad Khairulanwar bin Haji Yunus, Awang Kamsani Kamis dan Awang Ahmad Waridi bin Haji Ahmad muncul sebagai pemenang bertuah bagi tiga hadiah utama promosi berupa tiket penerbangan bagi destinasi pilihan pemenang iaitu Jakarta, Ho Chi Minh City, Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura atau Manila.

Sementara itu, tujuh lagi pemenang bertuah iaitu Chew Ling Hwa, Awang Muhammad Asnawi Abdullah, Awang Muhammad Hazim bin Haji Awang Harun, Awang Abdul Rahman bin Haji Suhaile, Awang Muhammad Adib bin Haji Awang Musa dan Ang Teo Ching membawa pulang hadiah berupa Pakej Servis Shell Helix Ultra di Bengkel Berjenama Shell Helix yang merangkumi satu pek minyak Shell Helix Ultra 4 liter, penapis minyak serta caj khidmat servis.

Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Perniagaan Komersial BSM, Awang Mohd Adini bin Haji Mohd Daini.

Terdahulu sebelum penyampaian hadiah kepada para pemenang, Awang Mohd Adini semasa sidang media mengenai promosi berkenaan, menjelaskan bahawa promosi yang dianjurkan oleh BSM adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-60 BSM di mana promosi itu bermula dari 25 November 2019 hingga 5 Januari 2020.

Awang Mohd Adini bergambar ramai dengan para pemenang bagi Mingguan Pertama Promosi Shell Helix dan Shell Rimula yang berlangsung di Ibu Pejabat BSM, Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan, kelmarin.