10 terpilih cabutan bertuah Digital World

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Digital World Enterprise telah mengumumkan 10 nama pelanggan bertuah bulanan bagi Kempen Cabutan Bertuah Rush to Digital World yang akan mengikuti cabutan utama pada Mac 2021.

Nama-nama yang terpilih ialah Tay Han Bin, Awang Mohd Shahrul Hafizaa, Emelda Juhlaihi, Dayangku Nur Amrah Khairunisa, Awang Mohd Hanif Dato Paduka Haji Mohd Rosli, Awang Rudasumi bin Etis, Dayang Zuridah binti Haji Jaafar, Ayerman Haji Kahah dan Dayang Maikasum binti Manan yang terpilih dua kali.

Kempen yang akan berjalan sehingga penghujung Mac tahun depan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik terdiri daripada barangan elektronik seperti air purifier, telefon bimbit, komputer riba, televisyen dan banyak lagi di samping hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Rush.

Untuk menyertai kempen berkenaan, pelanggan hanya perlu membeli barangan elektronik pada harga minimum yang ditetapkan.

Sepanjang kempen berkenaan, sebanyak 70 nama pelanggan bertuah akan diumumkan sebagai pemenang bulanan, iaitu seramai 10 pelanggan untuk setiap bulan sehingga Mac depan.