Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    10 terpilih pemenang Kempen Suzuki Home Make Over

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Seramai 10 pelanggan telah dipilih sebagai pemenang Kempen Suzuki Home Make Over dalam majlis pengundian yang berlangsung di Ibu Pejabat Boustead Sdn Bhd, hari ini.

    Pengumuman dan undian 10 nama pelanggan bertuah itu dibuat secara langsung menerusi media sosial Suzuki Brunei dan mereka yang terpilih akan menyertai cabutan utama pada 19 Jun depan di Bilik Pameran Suzuki, Beribi.

    Hadir membuat cabutan ialah Pengurus Kanan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhd Ali bin Begawan Mudim Haji Metussin; Ketua Bahagian Jualan Baiduri Finance Bhd, Grace Lim Hi Hoon dan Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil Bhd, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin.

    Promosi anjuran Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan tunggal Suzuki di negara ini, telah berjalan dari 15 Februari sehingga 31 Mei lalu untuk pelanggan yang membeli kereta Suzuki.

    Pelanggan bertuah akan membawa pulang baucar bernilai $500 hingga $4,000 daripada Urban Deco manakala itu, baucar bernilai $5,000 daripada Urban Deco serta rumah kabin akan menjadi milik pemenang utama promosi.

    Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Adehelmie Jaafar antara lain menjelaskan, rumah kabin berkenaan akan diberikan kepada pemenang utama kempen dan memberi peluang untuk mereka bentuk rumah kabin mengikuti kesesuaian dengan keinginan mereka dengan kemudahan asas seperti paip, elektrik serta penghawa dingin.

    “Rumah kabin itu, mereka boleh gunakan untuk kegunaan persendirian dan meletakkannya di tempat persendirian atau untuk disewakan atau pun untuk perniagaan,” tambahnya.

    Suzuki Brunei telah bergiat aktif bekerjasama dengan Urban Deco Sdn Bhd pada kempen berkenaan untuk mempromosikan barisan perabot elegan dan evergreen mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...