Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    100 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Lebih kurang 100 orang anak yatim yang bermastautin di Mukim Berakas dan sekitarnya menerima sumbangan pada majlis penyerahan yang diadakan secara pandu lalu di perkarangan Dewan Muhibbah Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Brunei
    dan Muara, Awang Mislee bin Haji Abdul Karim.

    Acara yang diungkayahkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama para penderma persendirian dan syarikat-syarikat swasta itu merupakan aktiviti tahunan di bulan Ramadan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim dalam meringankan beban bagi perbelanjaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Turut menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah Urusan Air Cat Logistic Sdn Bhd, Thomas Koh; Pengarah Urusan Daikyo Industrial Gas Sdn Bhd, Hung Ah Hing; Pengarah Urusan Firoz Jaya, Firoz Khan Namroz Khan, dan Pengarah Urusan Chan Ein Hong Watch Dealer, Chong Ain Hong.

    Awang Mislee bersama para penderma persendirian dan syarikat-syarikat swasta semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima secara pandu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...