100 banduan di Brazil lari

SAO PAULO, 11 Sept – Sekumpulan lelaki bersenjata berat menyerang pintu depan penjara keselamatan maksimum di timur laut Brazil, semalam sehingga menyebabkan lebih 100 banduan melarikan diri, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa berkata, serangan itu dijalankan kira-kira 20 lelaki menggunakan empat kenderaan. Katanya, mereka menyerang menara kawalan dan menggunakan letupan untuk memusnahkan pintu depan penjara Romeu Goncalves Abrantes.

Penjara itu adalah kemudahan tahanan maksimum dengan 680 banduan yang terletak di ibu negeri Paraiba, Joao Pessoa. – AFP