Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 cedera kilang terbakar

    MANILA, 2 Feb – Gabenor Manila berkata, lebih 100 pekerja termasuk tiga warga Jepun cedera dan sekurang-kurangnya tiga masih hilang dalam kebakaran kilang peralatan rumah pasang siap di selatan bandar raya itu menyebabkan beribu-ribu pekerja bertempiaran menyelamatkan diri.

    Jesus Crispin Remulla berkata, kebakaran di kilang House Technology Industries terkawal tetapi masih belum dipadamkan sepenuhnya hampir 18 jam selepas ia bermula di bandar General Trias, wilayah Cavite.

    Menurut Remulla, kira-kira 10 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan ada antara pekerja melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

    Kebakaran itu dikatakan bermula dari tingkat tiga bangunan, bahagian pengeluaran komponen rumah pasang siap untuk di eksport ke Jepun.

    Katanya, kira-kira satu pertiga daripada 15,000 pekerja kilang itu sedang bertugas ketika kebakaran itu berlaku. – AP

    Asap hitam memenuhi ruang udara selepas kilang peralatan rumah pasang siap di selatan Manila terbakar, kelmarin. – AFP
    Asap hitam memenuhi ruang udara selepas kilang peralatan rumah pasang siap di selatan Manila terbakar, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda