Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    100 jemaah diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Seramai 100 orang jemaah dari lima halaqah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran siri pertama setelah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

    Hadir menyertai majlis itu, kelmarin, ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku penaung bersama MRSB.

    Perlaksanaan dan format pembacaan kitab suci Al-Quran itu dikendalikan oleh ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan yang menempatkan 20 peserta bagi setiap halaqah. Mereka yang tidak dapat menyertai majlis khatam secara bersemuka, juga boleh mengikutinya secara maya menerusi pautan aplikasi Zoom.

    MRSB tidak mengehadkan penyertaan peserta malah mengalu-alukan jemaah untuk menyertainya terutama tadarus Al-Quran yang dijalankan setiap malam di masjid.

    Siri seterusnya dijangka diadakan pada hari ke-29 Ramadan dan masjid itu menyasarkan untuk mengadakan dua kali khatam pada bulan suci ini dan ia diharap dapat dipraktikkan oleh MRSB dan akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menyertai Majlis Khatam Al-Quran di MRSB. – Gambar Serahan MRSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...