100 Keluarga terima sumbangan iftar

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Seramai 100 keluarga dari golongan yang memerlukan terus mendapat perhatian dari Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) apabila menerima sumbangan sungkai berupa 15 bucket ayam KFC.

Presiden MKM, Awang Yusof Halim berkata projek sungkai Brunei yang dikendalikan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan di mana pada 15 hari pertama Ramadan sahaja, mereka telah memberikan 770 makanan sehari dengan jumlah keseluruhan 11,550 makanan kepada keluarga memerlukan.

“Kami kemudian mengadakan Projek Sejambak Kasih yang turut menghulurkan keperluan makanan bernilai $165 kepada 100 keluarga yang memerlukan,” katanya.

MKM merupakan persatuan amal yang berdaftar dan bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai untuk menjalankan berbagai-bagai projek amal di negara ini dan juga serantau.

Sumbangan sungkai berupa 15 bucket ayam KFC dihulurkan kepada keluarga memerlukan. – Gambar serahan MKM