WINDHOEK, 4 OKT – Namibia yang dilanda kemarau berkata ia akan melelong 100 kerbau liar untuk mengurangkan jumlah haiwan tersebut, dalam usaha untuk meringankan tekanan ke atas kawasan rumput di tamannya.
Negara di selatan Afrika itu berkata haiwan berkenaan datang dari Taman Waterberg, hutan simpanan yang terletak di tengah Namibia.
“Pelelongan bertujuan mengurangkan tekanan ke atas kawasan ragut rumput di taman,” beritahu jurucakap kementerian alam sekitar Romeo Muyunda kepada AFP.
“Ia juga satu campur tangan untuk mengendali impak kemarau di taman berkenaan,” tambah Muyunda. – AFP































