Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    100 pendatang ditemui dalam trak

    SAYULS DE ALEMAN, MEXICO, 29 JULAI – Kira-kira 100 pendatang yang mengadakan perjalanan dalam sebuah trak ditemui ditinggalkan di Mexico, sebulan selepas puluhan orang maut dalam keadaan yang sama di Amerika Syarikat.

    Pendatang ditemui pada malam Rabu di sebatang lebuh raya di timur negeri Veracruz, menurut pihak berkuasa, yang berkata kenderaan sedang dalam perjalanan ke sempadan AS.

    “Pendatang berkata mereka ditinggalkan oleh pemandu,” kata laporan polis, tanpa menyatakan kerakyatan pendatang.

    Pihak berkuasa perlindungan awam berkata 98 pendatang tanpa izin ditemui di tapak berkenaan, termasuk beberapa kanak-kanak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...