100 penggubal undang-undang lawat Makam Yasukuni

TOKYO, 7 DIS – Kira-kira 100 orang penggubal undang-undang Jepun hari ini mengunjungi makam Tokyo, yang dianggap oleh China dan Korea sebagai simbol keganasan Jepun semasa perang, 80 tahun selepas Jepun menyerang Pearl Harbor.

Kebanyakan penggubal undang-undang, termasuk sembilan timbalan menteri dan penasihat khas dalam kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida, adalah ahli parti pemerintah konservatifnya.

Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, memaksa Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua. Di Jepun, tarikh tersebut adalah pada 8 Disember.

Mangsa keganasan Jepun semasa separuh pertama abad ke-20, terutama rakyat China dan Korea, yang melihat Makam Yasukuni sebagai simbol ketenteraan Jepun kerana ia menghormati mangsa terkorban, termasuk mereka yang didakwa sebagai penjenayah.

Lawatan dan sumbangan kepada makam oleh pemimpin politik Jepun dilihat oleh pengkritik sebagai kurang rasa kesal mengenai tindakan negara semasa perang.

Menteri luar Korea Selatan meluahkan ‘kebimbangan mendalam dan kekesalan’ hari ini terhadap kunjungan ‘besar-besaran’ ke makam yang ‘membanggakan penjajahan dan kekerasan perang Jepun’. Menurut kenyataan dikeluarkannya, Jepun sebaliknya perlu menunjukkan rasa ‘rendah diri dan mengesali sepenuhnya’ mengenai waktu perang lampau untuk mendapatkan semula kepercayaan komuniti antarabangsa.

Hideshisa Otsuji, ahli kanan parti Kishida, berkata kumpulan tersebut mendoakan mangsa terkorban dalam peperangan untuk melindungi Jepun daripada pandemik koronavirus. – AP

Penggubal undang-undang Jepun melawat Makam Yasukuni memperingati mangsa yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.– AP