Friday, December 6, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 profesional kesihatan hadiri simposium diabetes

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Dengan menekankan pentingnya pendekatan berpaksikan pesakit dalam penjagaan diabetes serta meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan keseluruhan pesakit diabetes, lebih 100 orang profesional penjagaan kesihatan telah menghadiri Simposium Diabetes 2024: Tumpuan kepada Diabetes dan Kesejahteraan yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Simposium pendidikan bersempena Hari Diabetes Sedunia anjuran Kementerian Kesihatan bermatlamat untuk mengetengahkan pentingnya kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dalam penjagaan pesakit diabetes.

    Simposium itu mengetengahkan pembentangan oleh panel pakar dalam penjagaan diabetes termasuk ahli endokrinologi, pakar psikiatri, pakar perubatan sukan, ahli psikologi dan ahli endokrinologi pediatrik.

    Pembentangan yang diketengahkan semasa simposium berkenaan ialah Kesihatan Mental dan Diabetes oleh Pakar Psikiatri, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dayangku Dr Raidah Hayati binti Pengiran Dr Haji Mohamed; SGLT2 Inhibitors in Diabetes Care oleh Konsultan Kanan Endokrinologi, Hospital Gleneagles Singapura, Dr Lim Chin Chin Vivien; Approach to Childhood Diabetes oleh Pakar Endokrinologi Pediatrik, Hospital RIPAS, Dr Wee Chun Yen; Diabetes dan Kesejahteraan Fizikal oleh Pegawai Perubatan, Unit Endokrin/Perubatan Sukan, Hospital RIPAS, Dayangku Dr Nur Abidah binti Pengiran Mat Salleh serta Diabetes Distress oleh Ahli Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan, Dayang Hanisah Zulkipli.

    Simposium berkenaan dikendalikan oleh Dr Lina Chong dan Dr Yung Chee Kwang dari Pusat Endokrin, Hospital RIPAS.

    Hari Diabetes Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 14 November di mana ia merupakan sebuah inisiatif global yang diterajui oleh Pertubuhan Diabetes Antarabangsa (IDF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Hari Diabetes Sedunia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai diabetes, puncanya, pencegahan dan pengurusan dengan sambutan tahun ini membawa tema, Diabetes dan Kesejahteraan.

    Pembentangan oleh pakar panel dalam penjagaan diabetes. – GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS
    Antara yang hadir pada simposium tersebut. – GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda