100 sampel virus diuji

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Setakat jam 12 tengah hari ini, tiada jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di negara ini, mengekalkan jumlah keseluruhan seramai 185 orang dan hanya satu kes masih aktif dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, kes terakhir jangkitan tempatan negara ialah pada 6 Mei 2020 (294 hari yang lalu) dan kes import sejak itu adalah sebanyak 44.

Sejumlah 769 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah
13,395 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 100 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 99,479 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.