Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000 unit Bezza, Axia terjual

    KUALA LUMPUR, 25 Jun – Perodua telah mencatatkan perolehan pembelian pertama sebanyak 1,000 unit Perodua Bezza dan Axia daripada pembekal perkhidmatan e-hailing dan perkongsian perjalanan yang telah beroperasi di negara ini.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata bahawa jualan tersebut telah membuka satu lagi peluang pasaran untuk pembuat kereta kompak berkenaan.

    “Ini adalah sokongan penting oleh syarikat yang bergantung pada kereta berkualiti dan selamat yang juga ekonomik untuk selenggara.

    Pertumbuhan pesat perkhidmatan e-hailing dan perkongsian perjalanan di Malaysia telah merevolusikan cara kita untuk melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat dan Perodua bangga menjadi sebahagian daripada revolusi ini ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan untuk semua,” katanya.

    Lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancaran masing-masing pada 2014 dan 2016. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda