10,000 penduduk Son Loi dikuarantin

BINH XUYEN, VIETNAM, 13 FEB – Kampung-kampung di Vietnam yang mempunyai penduduk 10,000 orang dekat bandar negara itu telah diletakkan di bawah perintah kuarantin hari ini selepas enam kes koronavirus baharu (Covid-19) dikesan di situ, kata pihak berkuasa.

Kuarantin penduduk Son Loi, kira-kira 40km dari Hanoi itu adalah kuarantin pertama besar-besaran di luar China sejak virus itu muncul dari tengah bandar China lewat tahun lalu.

“Setakat 13 Februari 2020, kami akan segera mengimplementasikan tugas pengasingan dan kuarantin di kawasan epidemik di sekitar Son Loi,” kata kenyataan kementerian kesihatan.

“Tempohnya….adalah bagi 20 hari.”

Son Loi adalah rantau pertanian yang terdiri daripada beberapa buah kampung.

Penduduk memakai topeng wajah pelindung di tengah-tengah kebimbangan koronavirus COVID-19 di sepanjang kawasan Son Loi di wilayah Vinh Phuc pada 13 Februari. – AFP

Kementerian Kesihatan sebelumnya berkata lima orang di Son Loi telah dijangkiti dengan virus terbabit dan hari ini melaporkan kes keenam.

Hari ini, pusat pemeriksaan telah ditubuhkan sekitar penduduk itu, menurut wartawan AFP di Binh Xuyen, sebuah daerah di pinggir Son Loi.

Para pegawai kesihatan memakai sut pelindung menyembur cecair penyahjangkitan ke atas kenderaan semasa di pusat pemeriksaan.

Penduduk Tran Van Minh memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sudah pun menasihatkan penduduk untuk mengelak perhimpunan besar.

“Kehidupan telah teruk terjejas,” ujarnya kepada AFP menerusi telefon, menambah bahawa banyak tenaga buruh bergantung pada kerja dalam pembinaan dan pengecatan rumah.

“Sekarang kita tidak dapat pergi bekerja malah jika kita dapat pun, klien-klien tidak akan menerima kita seperti sebelumnya.” – AFP