10,000 tentang keganasan ‘ves kuning’

PARIS, 28 Jan – Lebih 10,000 orang yang memakai skaf merah berarak di Paris semalam dalam bantahan terhadap keganasan ‘ves kuning’ ketika demonstrasi anti-kerajaan yang menarik ratusan ribu orang di jalanan sejak 11 minggu lalu.

Sejak pertengahan November lalu, Presiden Emmanuel Macron menawarkan kompromi dan debat bagi meredakan perhimpunan mingguan yang sering berakhir dengan pertempuran ganas dengan polis, cabaran paling getir terhadap kerajaan pimpinannya.

Dalam bantahan lawan semalam, orang ramai berhimpun sambil berhujan dari dataran Place de la Natuin ke tugu Bastille, sesetengah melaungkan ‘Ya kepada demokrasi, tidak kepada revolusi,’ ketika mereka mengibarkan bendera Perancis dan Kesatuan Eropah (EU).

Digelar pergerakan ‘skaf merah,’ inisiatif golongan haluan tengah itu dimulakan seorang jurutera dari Toulouse yang bimbang dengan keganasan dilakukan penunjuk perasaan yang melampau oleh ‘ves kuning’.

Kebanyakan penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan itu berkata, mereka bukan menentang tuntutan ‘ves kuning’ untuk bantuan lebih besar kepada golongan miskin Perancis, tetapi mereka sudah lelah dengan pertembungan dan kemusnahan sepanjang bantahan 11 kali pada hari Sabtu berturut-turut sejak pertengahan November lalu.

Laurent Soulie, penganjur perhimpunan terbabit berkata, bantahan itu sebagai maklum balas terhadap gesaan kepada ‘majoriti senyap yang bersembunyi dalam rumah selama 10 minggu’.

Seorang pengurus jagaan yang mengelar dirinya sebagai Marie-Line berkata dia percaya ves kuning telah menyebabkan sungutan, namun ‘menggesa bahawa keganasan percakapan dan fizikal mesti dihentikan’.

“Ia bukan protes bagi menentang ves kuning. Ia merupakan protes untuk menyatakan bahawa ‘kamu membuat permintaan kamu dan kami mendengar padanya,” kata Francois Patriat, seorang senator dari parti tengah Macron, memberitahu AFP.

“Terdapat tempat lain untuk membincangkan masalah ini selain di jalan-jalan raya. Anda tidak dapat menyekat negara ini dan ekonominya kerana anda menganggap presiden adalah tidak sah.” – AFP

Perhimpunan ‘skaf Merah’ diadakan di Paris, Perancis pada 27 Januari bagi membantah keganasan daripada demonstrasi ‘ves kuning’ yang bermula sejak dua bulan lalu. – AP