BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI- Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah menyampaikan sumbangan sebanyak $100,000.00 ke Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria, pada hari ini, di Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria. – Gambar oleh Bahyiah Bakir.
TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...