Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    100,000 terperangkap di Mariupol

    KYIV, 23 MAC – Hampir 100,000 orang terperangkap di antara runtuhan bandar Mariupol, Ukraine, berdepan kebuluran, kehausan dan pengeboman tanpa henti oleh Rusia, kata Presiden Volodymyr Zelensky ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meningkatkan tuntutan agar Moscow menamatkan perangnya yang ‘tidak masuk akal’ dan ‘tidak dapat dimenangi’.

    Berpuluh-puluh ribu penduduk telah pun melarikan diri dari bandar pelabuhan selatan yang terkepung itu, membawa kesaksian mengerikan tentang “pemandangan neraka yang membeku yang penuh dengan mayat dan bangunan yang musnah”, menurut Human Rights Watch.

    Dalam ucapan video terbaharunya kelmarin, Zelensky berkata lebih 7,000 orang telah melarikan diri dalam 24 jam terakhir, tetapi satu kumpulan yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan kemanusiaan yang dipersetujui di barat bandar itu ‘hanya ditangkap oleh penjajah’.

    Beliau memberi amaran bahawa beribu-ribu lagi tidak dapat pergi kerana keadaan kemanusiaan semakin teruk.

    “Hari ini, bandar itu masih mempunyai hampir 100,000 orang dalam keadaan tidak berperikemanusiaan. Dalam kepungan keseluruhan. Tanpa makanan, air, ubat-ubatan, di bawah serangan berterusan dan di bawah pengeboman berterusan,” katanya, memperbaharui seruan agar Rusia membenarkan koridor kemanusiaan yang selamat untuk orang awam melarikan diri.

    Imej satelit Mariupol yang dikeluarkan oleh syarikat swasta Maxar menunjukkan landskap hangus, dengan beberapa bangunan terbakar dan asap berkepul-kepul dari bandar.

    Pentagon berkata, Rusia kini membenam Mariupol menggunakan meriam, peluru berpandu jarak jauh dan dari kapal tentera laut yang ditempatkan di Laut Azov berdekatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...